Monday, 25 April 2016

KARNIVAL KOKURIKULUM AMAL ISLAMI IKRAM MUSLEH KALI KE-7

Karnival Kokurikulum MGBSIM 2016 merupakan program kokurikulum peringkat nasional sekolah-sekolah MUSLEH bagi tahun ketujuh berturut-turut. Buat kedua kalinya, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru telah diberi tanggungjawab selaku tuan rumah bagi edisi kali ini. Selain memberi peluang kepada para murid mendapatkan markah kokurikulum, tujuan asas penganjuran karnival ini untuk memantapkan kefahaman dan pegangan bahawa pendidikan Islam itu adalah pendidikan yang syumul.


TEMA

Peribadi Musleh Teras Masyarakat Rahmah

OBJEKTIF

i)       Melahirkan murid yang berdisiplin, bergantung kepada Al Khaliq dan redha dengan keputusan-Nya.
ii)       Menanamkan kecintaan terhadap ilmu dan amal islami.
iii)      Membentuk murid yang peduli terhadap masyarakat, prihatin dan bersikap rahmah.
iv)      Mengeratkan ukhuwah fillah dalam kalangan  murid dan guru.
v)      Beriltizam dengan cara hidup Islam sepanjang program.
vi)      Mencungkil bakat dan kebolehan murid.


BUTIRAN PERTANDINGAN

i)               Nama                              : Karnival KoKurikulum MGBSIM Kali Ke-7
ii)             Hari                                 : Isnin dan Selasa         
iii)            Tarikh                              : 30-31 hb Mei 2016
iv)           Tempat                            : Sekolah  Islam Hidayah, Johor Bahru

  Johor

No comments:

Post a Comment